Oct 24, 2010

Perlukah 'Si Dia'...?

bila lihat sahabat lain selalu bersama pasangan masing2, hati mula terdetak, aku bila nak ada? lepas tu diikuti soalan2 negatif - aku tak hensem ke? aku tak cantik takde orang nak... aku takde kereta, tak banyak duit...aku tak pandai, tak femes, dan semua tak itu tak ini yang lain2. iissshhh...biasala, kemahuan manusia. Orang nak kita pun nak! Bila orang lain ada kita tak ada maka sedih la jadinya. tak patut... =p

jadi, perlukan 'si dia' ni sebenarnya? jawapan cuma yes atau no saja =) jenis manusia pun ada dua lah, 1) yang memang memerlukan & 2) tak berapa perlu lagi. eh...jangan salah faham, lumrah manusia memang semua memerlukan pasangan tapi ini kita lebihkan kepada pelajar2 & golongan2 yang baru bekerja, golongan remaja lah senang cerita, golongan muda mudi.

jenis no 1) memang memerlukan, hati sentiasa rasa perlukan seseorang untuk menyayangi & disayangi. rasa nak ada orang jaga, caring, manja2, nak makan bersama, study bersama, semua pun bersamalah! rasa tak boleh bersendirian, kosong kalau tiada si dia. Diri perlukan sokongan, tempat untuk berpaut dalam kebanyakan hal. kebiasaannya, golongan ini jenis yang agak pasif dan lebih memilih kepada 'private life' orang kata =p sebab itu perlu si dia. bila ada si dia, hidup hanya ditumpukan berdua sahaja.

jenis no 2) tak berapa perlu lagi, nanti-nantilah pikir hal2 nak couple ni! nak bebas lah, nak aktif buat itu ini tanpa halangan & sempadan. Malas lah nak sayang2 jiwang2 cinta2. jenis yang independent orang kata. bagus, tak payah buang duit beli prepaid untuk sms2 atau call lama2. tak perlu nak jaga hati si dia atau nak cemburu. Boleh keluar dengan sesiapa yang kita suka, boy friends atau girl friends. freedom all the time lah katakan =) selalunya orang yang sebegini jenis yang aktif dan selalu menyertai pelbagai aktiviti terutama outdoor & kebajikan sosial.

jadi, jenis yang manakah anda? yang perlu ada teman sentiasa, atau yang mahukan kebebasan untuk fully enjoy life? terserah anda =)

No comments: